Buy now pay later Pay up to 3X Instalment with ATOME today! Only Pay 1st instalment.
Enjoy FREE SHIPPING With Minimum Purchase RM200 across Malaysia! Limited OFFER Only

JOIN US FOR PROJEK RAYA ZOFFYA 2024

 

 

Hi Zoffyalovers !

Kami berbesar hati ingin mempelawa anda untuk bersama - sama menjadi sebahagian keluarga Zoffya dalam menjayakan PROJEK RAYA ZOFFYA 2024 melalui Crowdfunding yang kami buka khas untuk anda pelanggan yang sentiasa bersama kami. Crowdfund ini adalah TERTUTUP dan ianya adalah jemputan khas kepada anda pelanggan Zoffya sahaja. Jika anda menerima link ini, bermakna anda dijemput khas oleh Zoffya untuk menjadi sebahagian dari keluarga Zoffya

 

PROJEK RAYA ZOFFYA 2024 ini merupakan  projek jangka pendek iaitu hanya selama 7 bulan sahaja bermula Nov 2023 ~ Jun 2024 dan Zoffya menawarkan reward pengagihan keuntungan sebanyak 10% ~ 12% dalam hanya tempoh 7 bulan. Dana tambahan yang diperlukan adalah RM200,000.


Melalui penyertaan Crowdfunding   dalam PROJEK RAYA ZOFFYA 2024 ini, anda bukan sekadar pelanggan kami, malah anda juga menjadi sebahagian team kami dalam menjayakan PROJEK RAYA 2024 . Dengan penyertaan hanya serendah RM100 , anda layak menyertai Crowdfunding PROJEK RAYA 2024.


ZOFFYA adalah sebuah jenama modest fashion tempatan di Malaysia. Ia diasaskan oleh suami isteri, CT & Naz. Pada tahun 2017 kami bermula dengan Nursing Blouse, dan seterusnya kami mengembangkan lagi kategori di Zoffya dengan memperkenalkan koleksi khas sempena perayaan Aidilfitri.


Bermula pada tahun 2017 dan sehingga kini, kami berjaya mencapai jualan keseluruhan sebanyak RM15 juta, dan RM8 juta dari jumlah jualan tersebut datangnya dari Projek Raya .


Kami melihat potensi yang besar untuk mencapai matlamat jualan Raya 2024 kami berdasarkan pengalaman kami dalam industri fesyen selama 6 tahun. Melalui pangkalan data pelanggan kami yang berjumlah kira - kira 100,000+ , kami yakin bahawa kami dapat memaksimumkan jualan dengan menawarkan kepada pelanggan sedia ada dan melalui saluran pemasaran yang telah dirancang.


Kami bersedia untuk PROJEK RAYA ZOFFYA 2024, dan kami memerlukan dana tambahan sebanyak RM200,000 bagi menyokong pengeluaran berskala besar untuk produk Zoffya, pembangunan saluran jualan & pengedaran, serta inisiatif pemasaran dan usaha promosi yang strategik.

 

 

Melalui pengalaman kami selama 6 tahun dan traction kami selama mengemudi Zoffya, InshaAllah PROJEK RAYA ZOFFYA 2024 pasti berjalan dengan lancar. Ini dibuktikan bahawa, dalam tempoh 6 tahun, kami telah berjaya mencapai jualan khas dalam Projek Raya sebanyak RM8 Juta .

  

Pasti anda yang menjadi pelanggan kami sudah familiar dengan koleksi Zoffya. Setiap tahun, kami bawakan design - design yang menarik dan terbaik.


Bermula dengan material hunting, custom aksesori dan sehinggalah siap menjadi produk yang sempurna, semuanya dihasilkan dengan sangat teliti oleh pereka fesyen berpengalaman kami.


Setiap pemilihan material, akan melalui proses R&D bagi memastikan kualiti produk kami mencapai tahap piawaian yang telah kami tetapkan.


Kami bukan sehaja menitikberatkan kualiti produk, malah kami menambahnilai produk kami dengan kepelbagaian kategori untuk menjadikan koleksi sedondon Zoffya lengkap bagi keperluan sekeluarga dengan kepelbagaian pilihan warna tema


Tahun 2024 lebih istimewa, dengan tema #RAYAUNTUKSEMUA, kami menampilkan koleksi - koleksi raya yang cantik dan berkualiti pada harga yang sangat berbaloi untuk dimiliki.


Melalui kempen #RAYAUNTUKSEMUA, kami ingin memberikan yang terbaik, malah matlamat kami untuk kempen Raya 2024 adalah bagi memastikan lebih ramai keluarga diluar sana yang dapat menggayakan koleksi Zoffya pada harga mampu milik dan berbaloi.

  

 

 

Antara feedback pelanggan - pelanggan setia kami. Dengan sokongan anda, Alhamdulillah Zoffya berdiri teguh sehingga ke hari ini dan InshaAllah, kami akan berikan yang terbaik untuk anda pelanggan setia kami.


Setiap gambar yang dikongsikan kepada kami, menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus berikan yang terbaik buat anda pelanggan kami.

 

 

Setiap tahun, Zoffya akan menemui pelanggan - pelanggan kami melalui pop-up store. Kebiasaan, kami akan membuka pop-up store di AEON terpilih dan beberapa mall yang menjadi tumpuan pengunjung.


Antara pop-up store yang Zoffya pernah sertai : 

Antara pencapaian terbaik kami ialah, kami pernah mencapai jualan sehingga RM2,417,199.65 dalam tempoh 1 bulan ketika bulan puasa. Jualan ini adalah termasuk semua platform kami iaitu Website, Marketplace, Butik & Pop-up Store.

 

Melalui pengalaman kami selama 6 tahun ini, InshaAllah Zoffya akan pastikan perancangan, strategi dan seterusnya jualan berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancangkan

 

Berikut adalah jualan dari Projek Raya Zoffya dari tahun 2020 - 2023 . Peningkatan 100% dari tahun 2020 ~ 2021 adalah disebabkan Covid-19, terdapat perubahan trend pembelian online yang mendadak.

 

Bermula dari tahun 2021~ 2023, peningkatan adalah sebanyak 25% . Pada 2024, jualan dijangka meningkat kepada RM3 juta untuk PROJEK RAYA ZOFFYA 2024 .

 

 

Target haruslah datang dengan strategi. Tanpa strategi yang betul, pastinya sukar untuk mecapai matlamat dari segi jualan. Berikut adalah strategi bagaimana Zoffya ingin mencapai target PROJEK RAYA 2024.

 

Strategi yang digunapakai ini, adalah strategi yang proven yang kami gunakan selama 6 tahun beroperasi .

 

Tahun 2024, pertambahan platform marketplace baru iaitu Tiktok, bakal membantu Zoffya untuk pergi lebih jauh kerana kini Tiktok merupakan platform yang menjadi tumpuan pengguna.

 

 


Dalam mengikut arus semasa, Zoffya tidak ketinggalan dalam memasuki pasaran marketplace yang kini sedang trending dikalangan pengguna.

 

Bagi Zoffya, walaupun platform ini masih baru bagi Zoffya namun kami berjaya membuktikan bahawa dalam tempoh singkat, kami mampu bersaing di dalam marketplace Tiktok dalam masa yang singkat dan berjaya mencapai jualan sehingga RM293,844.95 .

 

 

Zoffya diterajui oleh Naz & CT, yang merupakan Pengasas dan juga Pengarah Urusan Glukauf Sdn Bhd. CT berpengalaman lebih 8 tahun di dalam bidang kewangan, perancang operasi dan mempunyai pengalaman dalam industri e-commerce. CT juga bertanggungjawab didalam menentukan arah tuju syarikat.

 

Naz, berpengalaman lebih 8 tahun  dalam membina dan melaksanakan strategi dalam pemasaran digital, SEO, email marketing dan beliau berjaya mencapai rekod jualan sebanyak RM2.4 juta dalam tempoh 1 bulan .

 

 

Core team Zoffya, yang menjadi tulang belakang dalam memastikan operasi harian Zoffya berjalan lancar.


Mereka berpengalaman lebih 6 tahun dalam bidang masing-masing dan mereka memastikan operasi harian mengikut jadual.


Dengan kekuatan pasukan yang ada, kami yakin bahawa Zoffya mampu pergi lebih jauh dan seterusnya mencapai objektif.


RM200,000  yang diperlukan adalah bagi menjayakan  PROJEK RAYA ZOFFYA 2024 dan diatas merupakan pecahan kepada wang yang dilaburkan


Berminat? Apa yang perlu anda lakukan?



1. Lakukan pembayaran bagi pelaburan minima: 1 UNIT = RM100

2. PENTING : Isikan details Bank anda untuk tujuan pembayaran semula wang pelaburan beserta perkongsian keuntungan.

3. Selepas pembayaran, anda akan menerima link telegram khas untuk peserta Crowdfunding. Disitu akan kita update perkembagan projek dan seterusnya update mengenai pembayaran semula wang pelaburan beserta perkongsian keuntungan.

4. Tempoh pelaburan adalah 7 BULAN dan selepas tamat tempoh, pihak Glukauf Sdn Bhd akan melakukan pembayaran semula wang pelaburan beserta perkongsian keuntungan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila WhatsApp Admin di 011-26424853 dan reply "Crowdfund"JOM SERTAI KAMI!