Cinta & Kasih Keluarga, Semekar Aidilfitri
SEMEKAR AIDILFITRI melambangkan kisah cinta abadi yang sentiasa bertambah dari si suami kepada isteri, dan kasih anak kepada ibu tercinta,cinta yang utuh antara keluarga, kekal abadi selamanya.

Rekaan CANNALILY & MATEEN

ZOFFYA LUXE memperkenalkan koleksi rekaan yang terbaharu yang pastinya sedondon satu keluarga ibu, anak perempuan dan ayah serta anak lelaki. Seperti sebelum ini, ZOFFYA sedondon mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga!
Memperkenalkan koleksi ZOFFYA LUXE : SEMEKAR AIDILFITRI bagi tahun 2023, iaitu  CANNALILY buat ibu dan anak, sedondon bersama Kurta MATEEN, merupakan gabungan sempurna buat keluarga anda. Rekaan istimewa CANNALILY ini, menghasilkan Ombre Floral Printed bersama detailing Diamond. Bunga CANNALILY adalah simbol bunga yang mempesona dan ternyata di sebalik pesona warna-warnanya, bunga ini juga memiliki daya penyembuhan yang luar biasa.

Rekaan CALENDULA & MUEEZ

Selain itu, terdapat rekaan CALENDULA dengan material bloomcore printed 10% yang stretchable dengan gabungan gaya kimono style dan gabungan mermaid cut skirt. 
CALENDULA Flare Printed Kurung Modern dengan Floral Embellishment ini dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar dan mewarnai hari raya anda sekeluarga dengan lebih ceria! Ciri khas keindahan bunga CALENDULA adalah pembentukan bunga ganda besar dengan warna kuning terang yang kaya. Ini melambangkan kesucian dan tidak bersalah dalam segi kecantikan, cinta dan kesuburan, bersama dengan keibuan,melahirkan anak, dan permulaan baru. Mereka boleh mewakili transformasi dan kesucian bersama dengan cinta sejati
Lebih ceria sedondon bersama kaum lelaki iaitu Kurta MUEEZ.

Rekaan CATTLEYA& MALEEK

CATTLEYA Pleat printed adalah reka bentuk kurung moden diperbuat daripada fabrik fiore poly printed khas dengan godet net yang tampak mewah. Terdapat perincian lace yang menarik di bahagian dada dan hujung tangan serta boxpleat di bahagian lengan rekaan CATTLEYA ini. CATTLEYA adalah diambil daripada nama bunga yang bermaksud “wangi” dan juga “sangat menarik, ia sangat dihargai untuk pelbagai aroma.
Si Hawa CATTLEYA amat sedondon apabila disarung bersama Kurta MALEEK buat Adam.

Rekaan PEONY  & PETRA

Manakala, PEONY Pleated Plain adalah kurung moden dengan silky french lace di bahagian atas baju sehingga tangan dan bahagian atas skirt. Untuk ibu yang sedang mengandung, baju PEONY adalah sangat selesa untuk digayakan sewaktu raya. Terdapat maksud tersirat reka bentuk PEONY ini dihasilkan, berdasarkan arti bunga PEONY yang terlihat jauh lebih cantik dan menarik perhatian dunia, selain diyakini mewakili romantik dan cinta serta dianggap sebagai petanda baik untuk pernikahan yang bahagia. Bunga PEONY datang datang dalam pelbagai warna yang cantik dan menawan.


MIMOSA Latte sedondon bersama MUEEZ Brown

Semestinya menjadi perhatian para wanita terutamanya ZOFFYALOVERS, setiap tahun adalah jenis reka bentuk jenis kaftan kurung. Kami memperkenalkan MIMOSA kain jacquard satin yang mempunyai leher V dengan stand collar serta lace di bahagian tangan. Reka bentuk ini memiliki maksud tersendiri iaitu halus, mulus dan sopan. Dapat lihat reka bentuk Mimosa mempunyai kehormatan yang sesuai untuk digayakan oleh ibu dan juga anak yang sedondon dengan kaum Adam iaitu kurta MUEZZ,RADEN dan baju melayu ARJUNA.

Tahun ini, jadikan koleksi ZOFFYA LUXE : SEMEKAR AIDILFITRI 2023 sebuah koleksi raya sedondon buat anda dan yang tersayang, sebagai lambang cinta sejati kekal abadi.
Jika bukan sekarang, bilakah lagi? 
Kerana belum tentu akan ada hari esok. Koleksi baju raya sedondon eksklusif terdapat di ZOFFYA LUXE.
Koleksi SEMEKAR AIDILFITRI ini, mengambil masa lebih 6 bulan untuk memastikan ianya sempurna.Dari penghasilan rekaan pula, pemilihan dilakukan dengan penuh teliti, bagi menghasilkan gabungan yang sempurna buat anda.